Thursday, December 31, 2009

Ikatan Kita

Aqidah asalnya daripada perkataan 'aqada' bermaksud suatu ikatan yang amat kukuh dan tersimpul rapi. Apabila kita menerima Islam, bermakna kita trikat pada segala ketentuan Allah dan kita melaksanakan segala arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Sepatutnya ikatan akidah yang kuat ini mampu untuk membantu kita berusaha lebih dekat kepada-NYa dan menjauhkan diri kita daripada maksiat. Apabila kita melakukan sesuatu maksiat, kita perlu berasa bimbang, kerana ini menandakan ikatan aqidah kita kemungkinan masih longgar dan tidak mampu menghalang kita daripada terjerumus kepada perkara maksiat.

Sepertimana tali yang menambat lembu daripada pergi ke kawasan yg tdk sepatutnya. Tali yang diikat dengan sebaik-baiknya pasti akan mampu menahan lembu tersebut daripada pergi ke tempat yg tdk sepatutnya. Sebaliknya tali yang longgar akan memungkinkan lembu tersebut ke kawasan yg tdk sepatutnya dan ikatan tersebut berkemungkinan akan putus.

Adalah sangat penting kita berusaha mengukuhkan aqidah kita pada zaman ini memandangkan banyaknya tarikan-tarikan dan usaha-usaha untuk melonggarkan kita dan saudara-saudara kita daripada ikatan akidah ini. Ancaman ini berada di sekeliling kita. Ketika mana ancaman ini berusaha menanggalkan kita daripada tali akidah kita, kukuhkanlah tali akidah kita dengan usaha-usaha untuk terus mendekatkan diri kita kepada-Nya. Usah membiarkan mereka memulakan rungkaian terhadap tali akidah kita. Bersama-samalah kita dengan saudara-saudara kita, berada dalam satu barisan bagi menguakan ikatan kita kepada Allah serta mencegah ancaman-ancaman yang akan membinasakan kita.

1 comment: