Thursday, November 26, 2009

Jawapan kepada tiga persoalan besar dalam kehidupan

Islam meyediakan jawapan kepada seluruh persoalan kehidupan manusia di muka bumi. Sebab itulah, para ulamak menyatakan bahawa nikmat yang paling besar di muka bumi ini adalah nikmat Islam.

Dari mana asal manusia?

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Mukminun ayat 12-14 bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dari setitik air yag terasing dari tanah. Kemudian kami jadikan dia setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian Kami jadikan mani itu seketul darah, lalu Kami jadikan darah itu segumpal daging. Kemudian daging itu kami jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu kami liputi dengan daging. Kemudian kami jadikan dia satu kejadian yang lainsifatnya. Maha Suci Allah sebagai pencipta.”

Dan firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah Al-Hajj ayat 5 yang bermaksud:

“Wahai manusia! Jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari kiamat, maka (ketahuilah) sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik mani, kemudian daripada seketul darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna kejadiannya supaya kami terangkan kepada kamu (kekuasaan kami) dan kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki sehingga ke satru masa tertentu, kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak, kemudian (kami pelihara) sehingga kamu tetap teguh, dan di antara kamu ada yang dimatikan, dan sebahagian dari kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi setelah tahu”


Mengapa manusia wujud?

Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Dzariat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka beribadat kepadaku”

Pengabdian itu berlaku dengan cara kita mengenal Allah, kasih kepada-Nya, tunduk, patuh dan menurut segala ajaran yang diturunkan untuk manusia bagi menyempurnakan kehidupan mengikut kedudukan yang layak bagi kita untuk mencapa kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ke mana manusia akan pergi?

Dalam banyak ayat Al-Qur’an diberikan jawapan:

“Allah mencipta manusia dari permulaan, kemudian mengembalikannya (menhidupkannya) kembali, kemudian kepada-Nya lah kamu dikembalikan”
Surah Ar-Ruum: ayat 11


Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Ia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Surah Az-Zuma : ayat 11

“Dan bahawasanya hanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu).”
Surah An-Najm: ayat 42

“Sesungguhnya hanyan kepada Tuhanmulah kembalimu.”
Surah Al-Alaq: ayat 8

Ayat-ayat tersebut menyatakan kesudahan manusia iaitu manusia akan dikembalikan kepada Allah S.W.T. untuk dibuat perhitungan dan balasan terhadap amal mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang wajar bagi diri masing-masing. Sesiapa sahaja yang bersih jiwanya dengan iman dan amal soleh, mendapat keredhaan Allah dan dijanjikan syurga. Sesiapa yang kotor jiwanya dengan kufur dan maksiat, maka balasannya ialah neraka.

No comments:

Post a Comment