Wednesday, July 28, 2010

Ilmu Yang Bermanfaat

http://qaazi.files.wordpress.com/2009/04/quran-and-lights.jpg

Para alim ulama' tulen amat mengerti makna bahawa ilmu yang benar itu adalah daripada Tuhan. Maka mereka berusaha mendapatkannya dengan cara yang terbaik, bersungguh-sungguh mempelajarinya dan bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada pemilik ilmu itu, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Betapa mereka mengerti, berusaha bersungguh-sunggguh mendekatkan diri kepada-Nya itu adalah satu jalan untuk beroleh cinta, ilmu, rahmat, dan kefahaman daripada-Nya. Mereka yg tenggelam dalam bicara ilmu tanpa amal untuk dekat pada-Nya, tunduk pada-Nya, berdoa kepada-Nya, mana mungkin dapat memahami hikmah-Nya yg agung.

Kita amat mendambakan secebis ilmu-Nya. Sejauh manakah kita beradab dengan-Nya dalam keinginan kita untuk meraih secebis ilmu dan hikmah daripada-Nya.

Bukankah keinginan kepada ilmu itu sepatutnya membawa kita semakin ingin untuk tunduk dan patuh kepada-Nya?

Apalah ertinya ilmu yang meningkat tinggi tanpa peningkatan amal dan akhlak. Kelak menjadi hujah yang membaham kita di hari muka.

2 comments:

  1. ilmu yang benar itu dtg dr tuhan..
    so, ilmu yg tidak benar tue dtg dr mane pulak..??
    syaitan..??

    ReplyDelete
  2. Segalanya dtg drpd Allah. tdk trhasil sgl sesuatu melainkan apa yg Allah izinkn walau dr mana sekalipun ia dtg...

    dtgnya kesalahfahaman atau ilmu yg tdk benar itu menunjukkan bhw kita adalah makhluk yg lemah, sebagai ujian kepada kita, mengajarkn kpd kita kewajiban utk mmperbetulkn apa yg salah.. kerana kita bukan pemilik mutlak ilmu yg benar.

    ReplyDelete