Wednesday, February 10, 2010

Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Nusantara

Pada tulisan kali ini, saya ingin memetik satu bahagian dalam buku 'Gerakan Freemasonry: Musuh dalam menghancurkan Islam' berkenaan pengaruh kerajaan Turki Uthmaniyyah  terhadap kerajaan-kerajaan di nusantara suatu ketika dulu yang mungkin jarang atau tidak pernah didengari.

"Negara-negara Islam Mesir, Hijaz, Yaman, Iraq, Palestin, Tunisia, Morocco, Al-Jazair dan sebagainya merupakan wilayah kerajaan Turki Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Bahkan tercatat di dalam sejarah Kepulauan Melayu, raja-raja Kerajaan Islam Acheh, Minangkabau dan Bantam membuat hubungan dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan sentiasa menerima utusan dari Istanbul.

Pada hari ini, masih ada hadiah-hadiah yang diterima daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dijadikan lambang kebesaran. Di samping itu, raja-raja Melayu juga telah meminta persetujuan dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk memakai gelaran 'Sultan' yang kekal sampai hari ini.

Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniyyah tersebar luas dan begitu mendalam di Nusantara, juga disebabkan oleh ulama-ulama Melayu yang menuntut ilmu di Mekah. Pada masa itu, Mekah merupakan salah satu wilayah Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Di antara ulama' yang masyhur ialah Syeikh Nawawi yang berasal dari Bantam, Syeikh Daud al-Fatoni yang berasal dari Patani, dan Syeikh Ahmad Khatib Al Minangkabaui yang berasal dari Minangkabau.


Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah lambang kemegahan dan keagungan Islam pada ketika itu. Semasa Kepulauan Melayu dijajah oleh Inggeris, Belanda, Perancis dan sebagainya., sebaik sahaja kejatuhan Khilafah Islamiah, Kerajaan Turki Uthmaniyyah masih menjadi igauan indah daan kenangan manis masarakat Melayu. Buktinya, masih kedengaran doa-doa supaya Khilafah Islamiyah itu kembali tertegak di muka bumi ini yang dibaca dalam khutbahh jumaat kedua, terutamanya di kawasan kampung sekitar Indonesia. Bukti yang kedua, masyarakat Melayu ketika itu masih menyimpan gambar-gambar Sultan dan Pahlawan Kerajaan Turki Uthmaniyyah sebagai tatapan pencetus semangat untuk melawan penjajah."

No comments:

Post a Comment